Samsung Galaxy Note 6Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 yang telah diperkenalkan sebelum ini

Berita Terkini Mengenai Samsung Galaxy Note 6 Dimana Ia Dijangka Hadir Dengan Cip 16-Core, 8 GB RAM, Kamera 30 Megapixel Dan Skrin 5.7 Inci.

Seperti tidak masuk akal tetapi itulah yang telah dikatakan desas-desus mengenai Samsung Galaxy Note 6 yang bakal hadir dengan pemproses 16-Teras, 8 GB RAM serta paparan video 4K. Ianya seolah-olah spesifikasi sebuah PC untuk Gaming yang memerlukan prestasi yang cukup baik untuk menjalankan permainan bergrafik tinggi. 

Buat masa ini kebanyakan peranti perdana menggunakan pemproses 8-Teras dengan maximum 4 GB RAM. Manakala paparan 4K telah pun diguna pakai pada Sony Xperia Z5 Primum. Namun penggunaan resolusi penuh masih terhad pada beberapa aplikasi video dan photo sahaja bagi meminimumkan penggunaan bateri.

Selain itu, Samsung Galaxy Note 6 dijangka hadir dengan 30 Megapixel kamera dan 16 Megapixel kamera selfie di bahagian hadapan. Ciri-ciri baru termasuk USB Type-C, Pengimbas Cap Jari, bateri 4,500 mAh, pilihan memori dari 16 GB sehingga 256 GB serta stylus yang telah ditingkatkan turut hadir untuk peranti tersebut.

Samsung Galaxy Note 6 dijangka hadir pada suku ke tiga tahun hadapan bersama-sama Samsung Galaxy S7. Sekiranya spesifikasi diatas adalah benar, mungkin Samsung Galaxy Note 6 akan menjadi salah satu peranti terbaik pada tahun hadapan.

Sumber : VCPost