Xiaomi Redmi Note 2Xiaomi Redmi Note 2 Dengan Pelbagai Pilihan Warna

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 Hadir Dengan Skrin 5.5 Inci Full-HD, Kamera 13MP, Pemproses Helio X10 Pada Harga RM649 di Malaysia

Memang telah diakui peranti-peranti dari China semakin mendapat tempat di hati pengguna. Kita lihat saja pada jenama-jenama seperti Xiaomi, Huawei, Oppo dan OnePlus yang merupakan antara jenama dari China yang menawrkan produk berkualiti pada harga yang jauh lebih rendah.

Begitu juga dengan Xiaomi yang kini telah menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dari China menghasilkan banyak produk yang terbaik. Hari Ini Xiaomi Malaysia telah melancarkan peranti bersaiz 5.5 inci yang dinamakan Xiaomi Redmi Note 2 Untuk pasaran Malaysia. Seperti kebanykan peranti Xiaomi yang lain, peranti ini turut mengfokuskan telefon pintar berkuasa pada harga mampu milik. Harga Xiaomi Redmi Note 2 pula hanyalah RM649 untuk pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi Note 2 Xiaomi Mi Note 2 Xiaomi Mi Note 2
Gambar Rasmi Xiaomi Redmi Note 2

Xiaomi Redmi Note 2, Smartphone Murah Dengan Spesifikasi Premium

Jika dilihat pada harga dan spesifikasi yang ditawarkan. Ia boleh dikatakan antara peranti terbaik dibawah RM700. Dengan rekaannya yang bewarna-warni, prestasi yang mantap serta spesifikasi terbaik pada kelasnya, Xiaomi Redmi Note 2 boleh dipertimbangkan untuk dimiliki. Tambahan pula, testimoni dari pengguna-pengguna Xiaomi sebelum ini juga agak positif dan berpuas hati dengan peranti yang mereka miliki.

Peranti ini hadir dengan skrin sebesr 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh yang menghasilkan gambar paparan yang besar, jelas, terang dan terperinci. Ia turut membawakan antaramuka MiUi 7.0 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop. 

Prestasinya juga dilihat begitu baik bagi peranti dibawah harga RM700. Ia memiliki pemproses Mediatek Helio X10 dengan keupayaan CPU Octa-Core 2.0 Ghz serta PowerVR G6200 untuk GPU. Memorinya juga memadai dengan 2 GB RAM yang hadir bersama 16 GB memori dalaman dan sokongan slot tambahan microSD.

Xiaomi Redmi Note 2Xiaomi Redmi Note 2 Hadir MiUi 7.0 Yang Berasaskan Android 5.0 Lollipop
Spesifikasi Xiaomi Mi Note 2
Platform Android 5.0 (Lollipop)
Pemproses Mediatek MT6795 Helio X10, Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
Memori 16 GB, 2 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, Phase Detection Autofocus
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3060 mAh battery
  • Warna Putih, Biru, Kuning, Merah Jambu, Hijau Mint
Harga Di Malaysia RM649
Kelebihan
  • Harganya yang rendah dengan spesifikasi pertengahan
  • Pengecasan pantas (Quick Charge 2.0)
  • Memiliki Kamera dengan Phase Detection Autofocus
  • Sokongan Dual SIM dan LTE
Kekurangan
  • Tidak memiliki pengimbas cap jari dan juga sambungan USB Type-C
  • Tiada pelindung skrin seperti Gorilla Glass dan sebagainya
  • Tidak menyokong NFC
Dapatkan Xiaomi Redmi Note 2 Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Untuk sistem kamera, Xiaomi Mi Note 2 menawarkan 13 Megapixel kamera dengan Phase Detection Autofocus, LED Flash, Mode HDR serta berkemampuan membuat rakaman HD Penuh. Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video.

Antara ciri-ciri lain yang hadir untuk peranti ini termasuk sokongan Dual SIM, 4G LTE, FM Radio serta kapasiti bateri 3060mAh.

Bagi yang ingin memiliki peranti ini, Harga Xiaomi Redmi Note 2 dijual pada harga RM649 yang boleh didapati pada 11 November ini.