htc-x9-tGambar HTC One X9

Gambar Dan Spesifikasi HTC One X9 Tertiris Di Internet. Smartphone Android Marshmallow Sebesar 5.5″, Cip Quad-Core 2.2 Ghz Dan 13 MP Kamera.

Sebelum ini HTC telah mengumumkan HTC One A9 untuk pasaran pertengahan yang hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci, Android 6.0 (Marshmallow), kamera 13 Megapixel serta pengimbas cap jari serta dengan harga jualan sekitar USD399 atau RM1720. Namun bagi yang gemarkan skrin yang lebih besar, HTC mungkin akan memperkenalkan peranti yang hmpir sama dengan HTC One A9 namun dengan skrin yang lebih besar. Ia dipanggil HTC One X9.

Gambar dan spesifikasi HTC One X9 telah disahkan oleh Penyelia Komunikasi China, TENAA. Ia menunjukan peranti ini akan hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengn skrin HD 1080p, Pemproses 4-Teras 2.2 Ghz, 2 GB RAM, Sebuah kamera utama 13 Megapixel serta 5 Megapixel di bahagian hadapan.

HTC One X9 HTC One X9 HTC One X9
Gambar HTC One X9 di TENAA

Walaupon prestasinya dilihat agak meyakinkan namun beberapa fungsi seperti pengimbas cap jari telah digugurkan untuk peranti ini. Memandangkan peranti ini telah muncul di China, ianya tidak dipastikan sama ada ia akan turut dilancarkan di pasaran antarabangsa ataupon tidak.

Sumber : TENAA, The Verge