huawei-mate-8-a

Huawei Mate 8 Dilancarkan. Hadir Dengan Skrin Sebesar 6.0 Inci, Kamera 16 Megapixel, Pemproses HiSilicon Kirin 950 dan Pengimbas Cap Jari.

Baru dua hari lalu syarikat gergasi China, Xiaomi telah memperkenalkan dua peranti mereka iaitu Xiaomi Mi Pad 2 dan juga Xiaomi Mi Note 3. Hari ini tiba giliran Huawei pula yang mengambil tempat bagi memperkenalkan phablet perdana mereka yang dipanggil Huawei Mate 8. Ianya bakal menggantikan Huawei Mate 7 yang telah dilancarkan pada September tahun lalu. 

Rekaannya dilihat masih lagi mengekalkan konsep yang hampir sama dengan model Mate 7 sebelum ini. Cuma terdapat beberapa perubahan minor di bahagian sensor kamera dan pengimbas cap jari yang lebih bulat serta di bahagian atas peranti yang lebih nipis untuk memberi ruang sepenuhnya pada skrin. Ia juga hadir dengan empat pilihan warna termasuk emas, perak, kelabu dan coklat.

Huawei Mate 8 Huawei Mate 8 Huawei Mate 8
Huawei Mate 8 Huawei Mate 8 Huawei Mate 8
Gambar Xiaomi Mi Pad 2

Spesifikasi Huawei Mate 8, Smartphone Elegan Dengan Skrin Besar

Terdapat beberapa penambahbaikan yang dibawakan phablet ini termasuk prestasi yang telah ditingkatkan dengan cip pemproses yang baru, kamera lebih baik dengan resolusi tinggi serta ruangan memori dan RAM yang lebih besar. Namun, perlu diingatkan tiada port USB-Type C untuk telefon pintar ini seperti mana yang semakin mendapat tempat pada model perdana yang lain. Untuk ringkasan spesifikasi Huawei Mate 8 Seperti di bawah.

  • Paparan : Skrin 6.0 inci dengan resolusi HD 1080P, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses : HiSilicon Kirin 950 dengan 8-Teras CPU
  • Memori : 32 GB, 3 GB RAM dan 64 atau 128 GB, 4 GB RAM
  • Kamera Utama : 16 Megapixel dengan OIS, PDAF, Dual Flash
  • Kamera Depan : 8 Megapixel
  • Platform : Android 6.0 (Marshmallow) dengan antaramuka Emotion UI 4.0
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth
  • Bateri : Li-Ion 4000 mAh
  • Ciri-ciri : Pengimbas cap jari, Dual SIM, 4G LTE
  • Harga : Harga anggaran dari RM1999 (32GB), RM2459 (64GB) dan RM2919 (128GB)

Untuk jualan Huawei Mate 8 sudah tentunya dimulakan di pasaran China dahulu yang dijangka pada suku pertama tahun hadapan. Untuk pasaran antarabangsa pula mungkin akan diumumkan pada CES 2016 yang berlansung pada Januari tahun hadapan. Untuk pasaran China, Huawei juga telah mendedahkan harga rasminya iaitu 2,999 Yuan (RM1999) untuk model 32 GB, 3,699 Yuan (RM2459) untuk model 64 GB serta 4,399 Yuan (RM2919) untuk model 128 GB.