Phablet-Vivo-X6-2Gambar pengenalan Vivo X6

Vivo X6 Dikatakan Smartphone Pertama Yang Akan Hadir Dengan Memori Khusus Untuk Grafik Untuk Prestasi Grafik Yang Lebih Baik.

Sebelum ini Vivo telah melancarkan peranti perdana Vivo X5 Pro yang telah dipasaran Malaysia sekitar RM1500. Ia merupakan variasi kepada Vivo X5 dengan spesifikasi yang telah ditingkatkan. Kini Vivo telah bersedia untuk menggantikan model Vivo X5 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Sudah tentunya Vivo X6 akan menyusur selepas ini dan akan dilancarkan pada masa terdekat ini. 

Vivo juga telah mengeluarkan beberapa gambaran awal mengenai smartphone Vivo X6. Tiada spesifikasi yang disertakan dan hanya gambar kerangka belakang dengan lebih lima pilihan warna tertiris di internet.

Mengenai spesifikasi Vivo X6, sebelum ini desas-desus menunjukan peranti ini akan hadir dengan skrin sebesar 6.0 inci Quad-HD dengan dilitupi 2.5D Gorilla Glass 4 diatasnya dan sudah tentunya teknologi Force Touch seperti terdapat pada Apple iPhone 6S akan hadir pada phablet ini. Tidak cukup dengan itu, ia turut dikatakan akan hadir dengan 1 GB memori khusus untuk Grafik yang merupakan yang pertama hadir untuk telefon pintar. Bagi peminat permainan bergrafik tinggi sudah tentu ianya berita baik untuk anda.

vivo-x6-1Vivo X6 Dijangka hadir dengan 6 pilihan warna

Selain itu, didalamnya pula dijangka hadir dengan pemproses Helio X20 dengan kepantasan CPU Deca-Core (10 Teras) dengan 4 GB RAM serta dimuatkan dengan bateri besar 4000 mAh. Ia juga bakal hadir dengan 21 Megapixel kamera dan platform Android 5.1 Lollipop. Vivo X6 dijangka akan diperkenalkan pada 9 November ini.