Xiaomi Redmi Note 2 ProXiaomi Redmi Note 2 Pro

Smartphone Xiaomi Redmi Note 2 Pro Akan Dilancarkan 24 November ini. Spesifikasi Dengan Pengimbas Cap Jari, Skrin 5.5 Inci. Harga Jangkaan RM749.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan peranti baru iaitu Xiaomi Redmi Note 2 Pro pada 24 November ini. Ia merupakan variasi kepada Xiaomi Redmi Note 2 yang telah diperkenalkan pada Ogos yang lalu. Perkataan “Pro” pada peranti ini lebih merujuk pada reka bentuknya yang lebih premium dengan kerangka logam, pengimbas cap jari serta spesifikasi yang lebih baik. 

Beberapa gambar juga telah tertiris di internet yang dikeluarkan oleh CO-Foundernya sendiri. Setelah dilihat, reka bentuknya seolah-olah peranti Meizu Metal dengan kerangka lengkung di sisi belakang serta kedudukan kamera yang juga hampir sama. Di belakangnya juga kelihatan jelas dual LED Flash dan juga pengimbas cap jari.

Xiaomi Redmi Note 2 Pro dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resoluasi HD 1080P. Ia juga akan dikengkapi dengan pemproses MediaTek MT6795 beserta Octa-Core 2GHz CPU. Peranti ini juga akan ditawarkan dalam dua pilihan RAM iaitu 2 atau 3 GB RAM yang didatangkan bersama 16 GB memori dalaman.

Antara ciri-ciri lain terdapat pada peranti ini termasuk 13 Megapixel kamera utama, 5 Megapixel kamera selfie, bateri 3060 mAH, Platform Android Lollipop terbina dan sebagainya. Harganya pula dijangka dipasarkan pada harga sekitar USD172 (RM749).

Sumber : MiUi