ZTE Blade S7

ZTE Blade S7 Bawakan Pengalaman Baru Bagi Yang Gemar Berselfie Dengan Kamera 13 Megapixel Kamera Hadapan dan Phase Detection Auto Focus.

Jika dahulunya kamera hadapan pada smartphone sering dipinggirkan oleh kerana ia digunakan untuk panggilan video atau Skype sahaja. Resolusi kamera yang besar mengakibatkan penggunaan data internet bertambah ketika membuat panggilan video. Jadi, pada masa dahulu, smartphone kebanyaknnya hadir dengan kamera hadapan sekitar 2 Megapixel sahaja. 

Sekarang, semunya telah berubah terutamanya apabila budaya berselfie mula menular. Pengeluar smartphone juga telah menawarkan kemara yang lebih baik pada smartphone mereka. Salah satunya seperti yang terdapat pada ZTE Blade S7 yang menawarkan 13 Megapixel kamera di bahagian hadapan. Bukan itu sahaja kamera hadapannya yang pertama hadir dengan Phase Detection Auto Focus serta 17 pilihan untuk fungsi beautification. Begitu jiga di bahagian belakangnya yang turut hadir dengan kamera yang sama namun ia menggunakan Laser Auto Focus berbanding Phase Detection Auto Focus.

ZTE Blade S7 ZTE Blade S7 ZTE Blade S7
Gambar ZTE Blade S7

Spesifikasi Super Mid-Range Pada ZTE Blade S7 Dengan Harga Rendah

Spesifikasi ZTE Blade S7 juga dilihat begitu sempurna bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Ia hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resousi HD 1080P, pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615, 3 GB RAM, 32 GB Memori dalaman serta kapasiti bateri Li-Ion 2500 mAh. Keseluruhan Spesifikasi ZTE Blade S7 seperti di bawah.

  • Paparan : Skrin 5.0 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixel
  • Pemproses : Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan 8-Teras CPU
  • Memori : 3 GB RAM serta 32 GB memori dalaman
  • Kamera Utama : 13 Megapixel dengan Laser Auto Fokus, Rakaman HD1080P
  • Kamera Depan : 13 Megapixel dengan Phase Detection Auto Focus
  • Platform : Android 5.1 (Lollipop) dengan antaramuka MiFavor 3.2 UI
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth
  • Ciri-ciri : Pengimbas cap jari, Dual SIM, 4G LTE
  • Harga : Angaran harga sekitar RM1199 dan dipasarkan di Asia Tenggara

Mengenai harga ZTE Blade S7 masih lagi belum dikeluarkan secara rasmi, namun ura-ura sebulum ini menjangka peranti ini akan dipasarkan sekitar USD280 atau bersamaan denagn RM1199 di Malaysia. Ia juga dikatakan akan di pasarkan di Thailand dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Memandangkan ZTE Blade S6 juga dipasarkan di Malaysia berkemungkinan besar model baru ini juga turut akan hadir untuk pasaran tempatan.