Xiaomi MI4 Windows 10

ROM Windows 10 Untuk Xiaomi Mi 4 Sedia Di Download Dan Dipasang Ke Peranti Tersebut. Untuk Xiaomi Mi Note Pula Akan Menyusur Tidak Lama Lagi.

Sebelum ini Microsoft telah berkerjasama dengan Xiaomi bagi membawakan Windows 10 untuk Xiaomi Mi 4. Dan hari ini telah pun direalisasikan dengan pelancaran ROM Windows 10 untuk pengguna Xiaomi Mi 4. Ini bermaksud, kepada pengguna smartphone Xiaomi Mi 4 sedia ada anda boleh memasang Windows 10 ke peranti anda bagi menggantikan MiUi yang berasakan Android. Namun buat masa ini, ianya hanya menyokong Mi 4 untuk model LTE sahaja. 

Menurut Xiaomi, pemasangan ROM baru ini akan membuang segala Data Android dan digantikan dengan Windows 10. Anda juga boleh kembali semula ke Android pada bila-bila masa sahaja dengan memasang semula ROM MiUi.

Bersama ROM Windows yang baru, Xiaomi turut mengumumkan bahawa mereka juga akan membawa Windows 10 untuk beberapa model Xiaomi yang lain termasuk barisan peranti Xiaomi Mi Note. Sehingga kini mereka telah memiliki dua peranti yang menjalankan Windows 10 iaitu Xiaomi Mi Pad 2 yang baru sahaja dilancarkan dan juga Xiaomi Mi 4.

Bagi yang berminat untuk mencuba Windows 10 pada smartphone mereka, boleh Muat Turun dan ikuti langkah-langkah pemasangan Windows 10 pada Xiaomi Mi 4.