Xiaomi Mi5

Gambar Dan Spesifikasi Xiaomi Mi 5 Tertiris Di Internet. Dijangka Akan Diperkenal Pada 25 Januari 2016. Harga Dijangka Sekitar USD309 (RM1339).

Xiaomi dijangka akan mendedahkan peranti perdana milikinya Xiaomi Mi 5 pada 25 January tahun hadapan serta pelancaran secara rasmi pada bulan Febuary berikutnya. 

Sebelum pelancaran, beberapa gambar telah mula tertiris di laman-laman internet yang menunjukan Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan 4 pilihan warna termasuk hitam, putih, merah jambu, dan emas. Gambar turut menunjukan dengan jelas peranti kelas perdana ini hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan bawah peranti tersebut. Selain gambar, video yang menunjukan antaramuka yang turut tersebar di internet seperti video dibawah.

Video Xiaomi Mi 5 Tertiris Di Internet

Untuk spesifikasi terbaru yang tertiris, Xiaomi Mi 5 dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi sama ada Quad-HD atau HD Penuh. Didalamnya pula akan hadir dengan Cip Snapdragon 820, Adreno 530 GPU beserta 4 GB RAM.

Di bahagian belakang pula tertera kamera 16 Megapixel beserta 8 Megapixel untuk selfie. Xiaomi juaga dijangka akan memperkenalkan versi Mi 5 yang lebih besar dengan nama Xiaomi Mi 5 Plus yang hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci. Mengenai harganya pula, peranti premium ini masih lagi mengekalkan harga yang lebih berpatutan seperti model Xiaomi yang lain. Harga Xiaomi Mi 5 dijangka sekitar USD309 atau sekitar RM1339 untuk pasaran Malaysia kelak.