Acer Predator 8

Tablet Fokus Untuk Permainan Acer Predator 8 Kini di Malaysia Dengan Harga RM1499. Tablet 8.0 Inci Dengan Cip Intel X7-Z8700, 3GB RAM.

Pada IFA 2015 yang lalu, Acer telah memperkenalkan tablet yang mengfokuskan pada permainan pertama dari mereka. Ia dinamakan Acer Predator 8 yang dilengkapi dengan 8.0 inci skrin dengan resolusi 1920×1200 pixels. Berita baik untuk pengguna Malaysia, Acer baru sahaja memperkenalkan tablet ini untuk pasaran tempatan. Ia akan dijual dengan harga RM1499 untuk model 32 GB. 

Selalunya, kebanyakan tablet atau konsol Android yang mengfokuskan pada permainan akan memilih untuk menggunakan cip dari nVidia yang telah terbukti prestasinya dari segi kelancaran dan juga persembahan grafik. Namun tablet ini memilih menggunakan pemproses Intel Atom X7-Z8700 dengan kemampuan Quad-Core 1.6 GHz CPU. Ia turut hadir dengan 2 GB RAM, 32 GB memori dalaman serta sokongan slot tambahan sehingga 128 GB.

Acer Predator 8

Menariknya peranti ini ialah ia hadir dengan sistem audio yang terbaik dengan adanya empat Dolby speaker di setiap penjuru bagi memberikan kesan Audio yang lebih realistik dan juga menarik. Acer Predator 8 juga hadir dengan Dual Haptics Motor yang memberikan kesan gegaran pada pemain ketika mengalami kesan pelanggaran, letupan, kemalangan dan sebagainya ketika bermain.

Di Malaysia, Harga Acer Predator 8 akan dijual sekitar RM1499 yang akan mula dipasaran pada minggu hadapan. Bagi yang ingin mendapatkan tablet ini boleh dapatkannya di pengedar rasmi Acer atau dapatkannya di atas talian melalui ClickAsia.my.