Apple iPad Mini 4 Maxis

Penjimatan Sehingga RM533 Untuk Harga Apple iPad Mini 4 Dengan Pembelian Melalui Maxis Serta Langganan Plan Internet Maxis SurfMore50.

Selain Apple iPad Pro, Maxis turut menawarkan Plan Internet khas untuk Apple iPad Mini 4 melalui plan sedia ada Maxis SurfMore50 untuk penggunaan data internet bulanan sebanyak 2 GB dengan harga RM50 sebulan tidak termasuk GST. Untuk plan ini, ketiga-tiga model iPad Mini 4 ditawarkan dengan harga promosi dari Maxis serendah RM1616 untuk model 16 GB, RM1968 untuk model 64 GB dan RM2366 untuk model 128 GB. Untuk harga asal pula masing-masing beharga RM2099, RM2499 dan RM2899. 

Untuk Apple iPad Mini 4, Maxis menawarkan dua pilihan warna sama ada hitam atau putih dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM300. Dengan adanya Plan Maxis SurfMore50 untuk iPad Mini 4 ini, anda boleh berjimat sehingga RM533 untuk harga peranti yang lebih murah disamping bil bulanan yang rendah. Untuk maklumat Plan Internet yang lebih jelas seperti dibawah.

Plan Maxis SurfMore50 Untuk Apple iPad Mini 4
Pakej / Plan SurfMore50
Data Internet 2 GB Data Bulanan
Harga Peranti
  • RM1616 (16GB LTE)
  • RM1968 (64GB LTE)
  • RM2366 (128GB LTE)
Pendahuluan RM 300
Bayaran Bulanan RM 50 Dengan Kontrak Selama 2 Tahun

Apple iPad Mini 4 merupakan tablet bersaiz 7.9 inci yang dilancarkan September yang lalu. Ia turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari, 8 Megapixel kamera utama, 1.2 Megapixel kamera hadapan serta dipadukan dengan pemproses Apple A8.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Apple iPad Mini 4

Bagi yang berminat untuk membeli, anda boleh dapatkannya di laman rasmi Maxis. Sempena tayangan movie Star Wars The Force Awakens yang akan di panggung wayang pada 17 Disember ini, Pembeli Apple iPad Mini 4 melalui Maxis berpeluang untuk memenangi BB-8 Droid secara percuma. Tawaran hadiah ini sehingga 31 Disember ini sahaja.