BlackBerry PRIV

BlackBerry PRIV Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Jualan RM3559. Smartphone BlackBerry Pertama Dengan Platform Android 5.1.1 Lollipop.

Peranti Super-Premium, BlackBerry PRIV akhirnya dipasaran Malaysia yang baru sahaja dilancarkan semalam. Ia akan dipasarkan dengan harga RM3559 dan bakal dijual bermula 15 September ini yang boleh ditempah melalui laman jualan online 11Street. 

BlackBerry PRIV merupakan model pertama dari jenama itu yang menggunakan platform Android 5.1.1 (Lollipop) dan dijangka lebih banyak peranti Smartphone BlackBerry yang menggunakan platform Android selepas ini. Dari segi reka bentuknya, telefon pintar ini dilihat masih lagi mengekalkan identiti BlackBerry yang hadir dengan papan kekunci QWERTY fizikal dengan sistem gelongsor. Beberapa aplikasi khas dari mereka turut hadir untuk peranti ini termasuk BlackBerry Hub, BBM, BlackBerry Password Keeper, BBM Meetings dan banyak lagi. Aplikasi Android sedia ada turut dipasang untuk peranti ini. Lebih menarik lagi, BlackBerry PRIV akan sentiasa dikemaskini setiap bulan bagi meningkatkan sistem keselamatan pada peranti ini.

BlackBerry PRIV BlackBerry PRIV BlackBerry PRIV
BlackBerry PRIV

Spesifikasi BlackBerry PRIV, Peranti Super-Premium Dengan Platform Android

Keseluruhannya, Spesifikasi BlackBerry PRIV dilihat agak meyakinkan walaupun penggunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 808 dilihat agak ketinggalan bagi sebuah peranti perdana yang dikeluarkan pada tahun ini. Dengan adanya 3 GB RAM serta Adreno 418 untuk GPU sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan prestasi dalam peranti ini dari segi keupayaan grafik dan juga fungsi multi-tasking. Tambahan pula, ia menawarkan 32 GB memori dalaman serta sokongan slot tambahan sehingga 200GB yang boleh menempatkan beribu lagu, video serta gambar.

BlackBerry PRIV turut hadir dengan paparan sebesar 5.4 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Bahagian sisi skrinnya agak lengkung yang dilapisi dengan Corning Gorilla Glass 4 bagi menghalangnya dari calar dan retak.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh BlackBerry PRIV 

Untuk peranti yang menawarkan harga yang mencecah RM3559 sudah tentunya menawarkan sistem kamera yang terbaik. BlackBerry PRIV hadir dengan 18 Megapixel sensor lengkap dengan penstabilan imej optikal (OIS), Phase Detect Auto Focus (PDAF), kanta dengan 6 element serta berkemampuan membuat rakaman video 4K. Di bahagian hadapan pula hadir dengan lensa 2 Megapixel untuk selfie dan juga panggilan video.

Harga BlackBerry PRIV di Malaysia RM3559. Promosi di 11Street Dan Celcom

Untuk Harga BlackBerry PRIV di Malaysia ia akan dipasarkan dengan harga RM3559. Namun anda boleh dapatkannya dengan harga promosi RM3388 untuk 60 pembeli pertama di 11Street atau mana-mana cawangan Celcom Blue Cube sehingga 14 Disember ini. Selepas tarikh tersebut ia akan dijal dengan harga asal.

Lagi promosi di 11Steet, BlackBerry PRIV telah dilelong dan boleh di bida serendah RM1 yang juga akan tamat pada 14 Disember ini.