Harga Huawei Nexus 6P

Huawei Nexus 6P Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia. Harga Huawei Nexus 6P Bermula RM2698 Dan Mula Dipasaran Pada 10 Disember ini.

Seperti yang ditawarkan Lazada Sebelum ini, Huawei Nexus 6P kini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga RM2698. Ia boleh didapati melalui laman jualan rasmi Huawei, Vmall.my atau Lazada Malaysia dengan tawaran promosi percuma Google Chromcast untuk 200 pembeli terawal bermula 10 Disember ini. 

Untuk LG Nexus 5X pula masih belum ada berita mengenai peranti tersebut akan dilancarkan untuk pasaran tempatan. Seperti juga model Nexus 5 sebelum ini, mungkin juga LG Nexus 5X tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Namun anda boleh dapatkan model yang diimport sekitar RM1999 yang juga boleh didapati di Lazada Malaysia.

Huawei Nexus 6P merupakan sebuah phablet bersaiz 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels. Ia merupakan peranti Nexus pertama keluaran Huawei yang hadir dengan tiga pilihan warna Aluminium, Graphite dan Frost. Namun di Malaysia hanya warna Aluminium dan Graphite yang bakal dipasarkan. Antara spesifikasi Huawei Nexus 6P seperti dibawah.

Spesifikasi Huawei Nexus 6P
Platform Android 6.0 (Marshmallow)
Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810
Memori  64 GB, 3 GB RAM, Tiada Sokongan microSD
Paparan 5.7 inches, 1440 x 2560 pixels
Kamera Utama 12.3 Megapixel, Laser Autofocus, Dual-LED Flash
Kamera Depan 8 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3450 mAh
  • Warna Aluminium, Graphite
Harga Huawei Nexus 6P Di Malaysia RM2698
Kelebihan
  • Platform Terkini Android 6.0 MarshMallow
  • Pengecasan Pantas (Quick Charge 2.0)
  • Pengimbas Cap Jari
  • USB Type-C
Kekurangan
  • Tiada Sokongan Slot Tambahan MicroSD
  • Tiada Sokongan Dual SIM
Beli Huawei Nexus 6P Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang