Microsoft Lumia 950 dan 950 XL Malaysia

Microsoft Lumia 950 Dan 950 XL Kini Di Malaysia Dengan Harga RM2699 Untuk Lumia 950 Dan RM2999 Untuk Lumia 950 XL.

Akhirnya smartphone pertama Windows 10 dari Microsoft diperkenalkan untuk pasaran tempatan iaitu Microsoft Lumia 950 dan 950 XL yang akan mula dijual pada 18 Disember ini. Selain kedua-dua peranti perdana ini, Microsoft turut mendedahkan bahawa satu lagi model pertengahan yang akan memasuki pasaran tempatan iaitu Microsoft Lumia 550

Bagi harga Microsoft Lumia 950 dan 950 XL di Malaysia, ia akan dipasarkan dengan harga RM2699 untuk Lumia 950 manakala RM2999 untuk model 950 XL. Bagi spesifikasi dan perbezaan kedua-dua peranti ini seperti jadual di bawah.

Spesifikasi Microsoft Lumia 950 Dan 950 XL
Smartphone Microsoft Lumia 950 XL Microsoft Lumia 950
Platform Microsoft Windows 10 Microsoft Windows 10
Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808
Memori 32 GB, 3 GB RAM, microSD Support 32 GB, 3 GB RAM, microSD Support
Paparan 5.7 inches, 1440 x 2560 pixels (QHD) 5.2 inches, 1440 x 2560 pixels (QHD)
Kamera Utama 20 Megapixel, OIS, Triple-LED RGB flash 20 Megapixel, OIS, Triple-LED RGB flash
Kamera Depan 5 Megapixel 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3340 mAh
  • Warna Putih, Hitam
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Putih, Hitam
Harga Di Malaysia RM2999 RM2699
Dapatkan Microsoft Lumia 950 dan 950 XL Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Bagi yang ingin mendapatkan kedua-dua peranti ini, Microsoft akan memulakan jualan atas talian melalui Lazada Malaysia yang kini telah boleh ditempah. Kepada 100 pembeli yang terawal anda akan menerima Dock khas untuk sambungan ke monitor yang berharga RM349. Microsoft juga akan turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat telko termasok DiGi dan Lainnya untuk menawarkan plan data khas untuk kedua-dua telefon pintar ini.