Rebat GST

Harga TopUp Prepaid Seperti Biasa Bermula 1 Januari 2016 ini Melalui Rebat GST. Pengguna Postpaid Dikenakan Cas GST Seperti Biasa.

GST telah diperkenalkan pada 1 April yang lalu memberi kesan termasuk pengguna telefon pintar apabila ia bukan sahaja dikenakan pada harga peranti malah turut pada pengguna prepaid. Namun setelah didesak dari ramai pihak, akhirnya kerajaan akur untuk mansuhkan cas GST pada pengguna prepaid bermula 1 Januari 2016.

Sebelum ini, Cas 6% dikenakan pada setiap tambah nilai yang akan berakhir pada hujung bulan ini. Bermulanya awal tahun hadapan, harga tambanh nilai telko akan menjadi seperti biasa melalui pakej rebat GST. Sebagai contoh apabila anda membuat tambah nilai RM10 anda akan menerima kredit sebanyak RM9.43 sahaja dan baki selebihnya akan dikreditkan pada akaun anda sebagai rebat GST dalam tempoh 24 jam.

Menurut SKMM, Rebat GST ini boleh diguna pakai untuk pengguna Prepaid sahaja dan untuk pengguna Postpaid akan dikenakan cas GST seperti biasa. Buat masa ini, pemberian Rebat ini hanya sah untuk tahun 2016 sahaja. Untuk tahun-tahun akan datang akan diputuskan sama ada ia akan disambung atau sebaliknya.

Sumber : SKMM

Tags