Plan Prepaid Hotlink Fast

Internet Berkelajuan Pantas Melalui Plan Pascabayar Terbaru, Hotlink Fast Yang Menawarkan Pas Internet 4G LTE Untuk Smartphone Anda.

Hotlink telah memperkenalkan plan prepaid terbaru yang dinamakan Hotlink Fast yang mengfokuskan penggunaan internet berkelajuan tinggi untuk Smartphone anda. Hotlink Fast menawarkan kelajuan internet 4G LTE membolehkan anda strim video di Youtube, buka laman sosial dan website tanpa sebarang masalah. 

Antara kelebihan Plan Prepaid Hotlink Fast:

  • Internet berkelajuan pantas dengan kelajuan sehingga 20Mbps untuk smartphone yang menyokong rangkaian 4G LTE.
  • Tiada kekurangan Kredit – Internet akan terhenti secara automatik sekiranya pas internet telah tamat tanpa menolak sebarang kredit sedia ada.
  • Perlukan data tambahan?. Anda boleh dapatkannya dengan serendah RM3 (150MB), RM8 (500MB) dan RM12 (1GB) .
  • Panggilan serendah 6Sen/30Saat untuk rakan Aktive10 dan 12Sen/30Saat untuk kesemua rangkaian yang lain.
  • SMS serendah 1sen/SMS untuk rakan Aktive10 dan 12sen/SMS untuk rangkaian yang lain.

Pas internet pula boleh didapati serendah RM30 untuk 2 GB data internet (1 GB + 1 GB LTE) dan RM48 untuk 4 GB data internet (2 GB + 2 GB LTE). Hotlink juga telah menyediakan pakej mingguan yang boleh didapati serendah RM10 untuk 500 MB data internet (250 MB + 250 MB LTE). Data internet 4G LTE hanya sah untuk rangkaian LTE sahaja. Ini bermaksud bagi smartphone yang tidak menyokong rangkaian 4G LTE akan menerima 1 GB data internet sahajaja untuk pakej RM30 dan begitu juga dengan pas internet yang lain.

Plan Prepaid Hotlink Fast
Panggilan
  • 6Sen/30Saat untuk rakan ACTIV10
  • 12Sen/30Saat untuk kesemua rangkaian yang lain
SMS
  • 1Sen/SMS untuk rakan ACTIV10
  • 12Sen/SMS untuk kesemua rangkaian yang lain
Data Internet
  • RM30/Bulan – 2GB (1GB + 1GB LTE)
  • RM48/Bulan – 4GB (2GB + 2GB LTE)
  • RM10/Minggu – 500MB (250MB + 250MB LTE)
Data Tambahan RM3 (150MB), RM8 (500MB), RM12 (1GB)
Harga Pek Permulaan RM 15 (Tersedia dengan Kredit RM5 dan 300MB data)

Untuk dapatkan Plan Hotlink Fast, pengguna baru Hotlink boleh membeli pek permulaan dengan harga RM15 dengan RM5 kredit tersedia, 300MB data internet dan sah selama 5 hari. Bagi pengguna Hotlink sedia ada boleh dail *100*6*1# atau melalui aplikasi Hotlink RedAp untuk menukar plan sedia ada ke plan Hotlink Fast.

Sumber : Hotlink

Tags