HTC Perfume

HTC Dikatakan Akan Memperkenalakan Peranti Perdana Baru Dengan Nama Kod HTC Perfume. Ia Dijangka Hadir Dengan Android 6.1 Dan HTC Sense 8.0.

Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai HTC akan menamatkan peranti perdana HTC One pada tahun hadapan dan akan menggantikan barisan smartphone baru dengan nama kod HTC O2. Namun perkembangan terbaru mengenai peranti ini dimana ia juga dilihat akan dimansuhkan dan digantikan dengan peranti lain dengan nama kod “HTC Perfume”.

Ianya telah didedahkan di laman Twitter yang dihantar oleh @LlabTooFeR yang merupakan pembangun ROM yang boleh dipercayai. Menurut Twitt yang dihantar, HTC Perfume akan dilengkapi dengan platform Android 6.1 serta antara muka HTC Sense 8.0. Ia juga bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Spesifikasi yang lain masih lagi belum didedahkan. Cuma yang mendapat perhatian kami ialah versi Android 6.1 yang bakal hadir pada HTC Perfume ini. Sperti mana yang kita tahu, Google baru sahaja melancarkan kemaskini terbaru Android 6.0.1 MarshMallow dua hari yang lalu yang bawakan perubahan minor pada keselamatan, butang pintas kamera dan penambahan karakter emoji yang baru. Bagi Android 6.1 pula sudah tentunya masih lagi belum diperkenalkan.