IFlix Unify

Pengguna Unifi Boleh Mengakses Langganan iFlix Secara Percuma Selama Setahun Bermula Pertengahan Disember ini.

Telekom Malaysia telah berkerjasama dengan iFlix bagi membawakan akses percuma selama setahun untuk pengguna Unify dan juga Streamyx. iFlix yang merupakan laman serta aplikasi streaming untuk movie serta drama tempatan dan antarabangsa dengan cas bulanan serendah RM10 atau RM96 untuk langganan setahun. Namun untuk pengguna Unify boleh diakses secara percuma selama setahun bermula pertengahan Disember ini.

Menurut TM, mereka juga akan memperluaskan akses percuma iFlix ini untuk pengguna Streamyx 4Mbps dan juga 8Mbps pada masa akan datang. Untuk dapatkan akses percuma ini, pengguna Unify hanya perlu mendaftar langganan iFlix seperti biasa melalui talian internet Unify. Akaun dan Peranti anda akan direkod secara automatik dan anda telah boleh menggunakannya percuma selama setahun.

Seperti juga pengguna berbayar yang lain, lima peranti boleh digunakan pada akaun yang sama apatah lagi ia boleh disambung terus ke kaca TV anda melalui Chromecast yang memudahkan lagi menonton movie dan drama pada skrin yang lebih luas. Baru-baru ini juga, iFlix telah menambah fungsi baru pada aplikasi Android dan iOS mereka dimana ia membenarkan anda muat turut kandungan untuk totonan tanpa penggunaan internet.

Sumber : iFlix