Huawei Nexus 6P Lazada Malaysia

Lazada Malaysia Menawarkan Huawei Nexus 6P Pada Harga RM2689 Untuk Model 64 GB. Setiap Pembelian Percuma Google Chromecast.

Huawei Malaysia dijangka akan memperkenalkan Huawei Nexus 6P pada 8 Disember ini. Ia merupakan peranti yang amat dinantikan terutamanya bagi peminat Nexus.  Hanya tinggal tiga hari saja lagi sebelum pelancarannya di Malaysia, Lazada Malaysia dilihat telah mengemaskini laman khas untuk pembelian Huawei Nexus 6P. Harga tawaran bermula dari RM2689 untuk model 64 GB dengan warna pilihan Aluminium atau Graphite. 

Lebih menarik lagi, setiap pembelian smartphone Huawei Nexus 6P melalui Lazada akan menerima Google Chromecast secara percuma. Ia merupakan sebuah peranti yang akan menghubungkan peranti anda terus ke kaca TV melalui WiFi yang membolehkan anda streaming video-video dari YouTube, iFlix serta aplikasi lain yang menyokongnya.

Walau bagaimanapun, pembelian masih lagi belum boleh dibuat. Mungkin akan bermula pada 8 Disember ini apabila ia telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Baca Juga : Spesifiksi Penuh Huawei Nexus 6P dan Harga Huawei di Malaysia.

Mengenai Spesifikasi Huawei Nexus 6P yang merupakan sebuah phablet 5.7 inci dengan platfortm terkini Android 6.0 Marshmallow. Ia turut hadie dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 810 v2.1, 64 GB memori dalaman, 3 GB RAM, Kamera utama 12.3 Megapixel, Kamera hadapan 8 Megapixel serta pengimbas cap jari.