Lenovo Android Marshmallow

Lenovo Mendedahkan Senarai Smartphone Yang Akan Menerima Kemaskini Android 6.0 MarshMallow. Kemaskini Bermula Seawal March Tahun Hadapan.

Setelah sekian lama, Lenovo akhirnya telah mendedahkan plan kemaskini Android 6.0 MarshMallow untuk peranti sedia ada miliknya. Ia melibatkan lebih 10 peranti Lenovo termasuk versi China dan model Antarabangsa yang bakal menerima kemaskini Android 6.0 secara berperingkat yang bermula March tahun hadapan dan berakhir sehingga July 2016.

Antara Smartphone Lenovo (Model Antarabangsa) yang akan menerima Android MarshMallow seperti di bawah.

Untuk model-model lain tidak dapat dipastikan. Mungkin akan ada penambahan peranti yang akan menerima kemaskini Android 6.0 memandangkan peranti popular yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini seperti Lenovo Vibe Shot serta peranti-peranti dari keluarga Lenovo S dan Lenovo K tidak disenaraikan.

Sumber : AndroidAuthority