Lenovo K4 Note

Lenovo K4 Note Akan Dilancarkan Pada 5 Januari 2016. Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5 Inci, Kamera 13 MP, 3 GB RAM. Harga Dijangka Sekitar RM800.

Lenovo dilihat telah bersedia untuk menggantikan model mampu milik Lenovo K3 Note yang diperkenalkan pada bulan March yang lalu. Ia merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.5 inci, Cip Mediatek MT6752, 13 Megapixel kamera, 16 GB Memori serta 3 GB RAM. Dengan popularitinya dikalangan pengguna, Lenovo akan meneruskan legasinya dengan memperkenalkan model baru yang dinamakan Lenovo K4 Note pada 5 Januari akan datang. 

Lenovo juga telah mengesahkan beberapa penambahbaikan spesifikasi untuk model baru ini. Antaranya sistem memori akan ditingkatkan kepada 3 GB RAM, pemproses yang lebih baik serta ruangan memori yang lebih besar dengan 32 GB. Paparannya masih lagi dikekalkan dengan 5.5 inci dengan resolusi HD1080p.

Bagi fungsi photografi pula, peranti ini mungkin akan dimuatkan dengan 13 Megapixel kamera utama beserta 8 Megapixel kamera untuk selfie. Ura-ura sebelum ini turut mendedahkan peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari. Namun ianya masih lagi belum dipastikan.

Lenovo K4 Note akan dilancarkan pada 5 Januari ini di India yang dijangka akan dimuatkan bersama platform Android 6.0 MarshMallow.  Harganya pula mungkin sekitar RM800 untuk pasaran Malaysia kelak.