lg-g4Model Flagship, LG G4 Yang Hadir Dengan Keranga Dari Kulit Asli

Terkini Mengenai Spesifikasi LG G5 Yang Dijangka Hadir Pada Febuari 2016 Dengan Kerangka Logam, Pengimbas Iris, 20 Megapixel Kamera.

LG G4 telah diperkenalkan pada April yang lalu dimana ia merupakan model perdana dari LG dengan rekaan luar dari kulit asli dan juga polycarbonate. Untuk tahun hadapan, LG dijangka akan memperkenalkan pengganti pada model premium pada Febuari 2016. Desas-desus sebelum ini juga turut mendedahkan sebahagian spesifikasi untuk LG G5. 

LG G5 dikatakan hadir dengan rekaan logam untuk reka bentuk yang lebih premium dan elegan. Sepertimana yang kita tahu, masih belum banyak peranti keluaran LG yang hadir dengan kerangka logam terutamanya pada model flagship. Kebanykan model flagsihip sebelum ini hadir dengan rekaan plastik atau polycarbonate. Satu-satunya peranti dengan kerangka logam yang diperkenalkan pada tahun ini ialah LG Class yang merupakan model pertengahan.

Selain itu, LG G5 akan hadir dengan kamera dan sistem keselamatan yang telah ditingkatkan. Ia akan menggunakan kamera 20 atau 21 Megapixel dengan saiz sensor 1/2-inci menggantikan 16 MP pada LG G4. Di bahagian hadapan pula, mungkin hadir dengan 8 Megapixel. LG G5 juga dijangka hadir dengan pengimbas cap jari dan juga pengimbas iris untuk tingkatkan keselamatan peranti.

Antara coiri-ciri lain yang dijangka hadir termasuk pemproses Snapdragon 820, Adreno 530 GPU, 5.6 inci dengan resolusi 2560 x 1440 pixels dan sebagainya.

Sumber : Techgrapple

Tags