Microsoft Lumia 950 Dan 950 XL Di Malaysia

Microsoft Lumia 950 Dan Lumia 950 XL Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 15 Disember Ini. Jangkaan Harga Bermula RM2300.

Dua bulan yang lalu, Microsoft telah melancarkan Lima peranti Windows 10 yang terdiri dari tablet Surface dan juga tiga peranti Lumia termasuk Microsoft Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Smartphone dengan platform Windows 10 ini sangatlah dinantikan termasuk pengguna di Malaysia yang tidak sabar untuk mencuba fungsi Continuum yang terdapat pada peranti ini. Ia merupakan fungsi khas yang membolehkan smartphone anda menjadi seperti sebuah PC Windows 10 apabila disambung ke Monitor atau TV. 

Di Malaysia, pelancaran Microsoft Lumia 950 dan 950 XL akan berlansung pada 15 Disember ini. Microsoft Lumia Malaysia juga dilihat sedang mengadakan pertandingan dan 20 pemenang bertuah akan dijemput ke majlis pelancaran Lumia 950 dan 950 XL pada 15 Disember ini.  Untuk menyertai anda hanya perlu tinggalkan sambungan komen kreatif  “I love the Lumia 950 and 950 XL as much as…!” di laman Facbook mereka.

Baca Juga Spesifikasi Penuh Microsoft Lumia 950 dan Microsoft Lumia 950 XL

Sedikit mengenai spesifikasi Microsoft Lumia 950 dan 950 XL dimana kedua-duanya merupakan peranti perdana dengan perbezaan pada saiz paparan dan juga cip pemproses. Selebihnya kedua-duanya hampir sama. Lumia 950 XL hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels dan pemproses Qualcomm Snapdragon 810. Manakala Lumia 950 pula hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 4.2 inci dan pemproses Qualcomm Snapdragon 808.

Antara ciri-ciri lain yang hadir pada kedua-dua peranti ini termasuk 20 Megapixel kamera utama, 5 Megapixel kamera hadapan, USB Type-C, Pengimbas Iris, sokongan dual SIM dan sebagainya.

Bagi harga Microsoft Lumia 950 dan 950 XL, untuk pasaran USA telah dijual sekitar USD649 untuk model 950 XL dan USD549 untuk lumia 950. Di Malaysia peranti ini dijangka hadir dengan harga sekitar RM2349 dan RM2749 untuk model Lumia 950 dan Lumia 950 XL.