Asus Nexus 7 2012

Ura-Ura Huawei Akan Membangunkan Tablet Nexus Untuk Tahun Hadapan. Huawei Nexus 7 (2016) Dijangkan Hadir di Google I/O Akan Datang.

Sudah dua tahun Google tidak mengemaskini tablet 7 inci keluaran Nexus yang kali terakhirnya pada tahun 2013 dengan pelancaran Asus Nexus 7 (2013). Pada tahun 2014 pula, ia digantikan dengan tablet 8.9 inci iaitu HTC Nexus 9. Pada tahun 2016 pula, Google dijangka akan kembali memperkenalkan Nexus 7 (2016) pada acara Google I/O pada masa akan datang. Namun model baru Nexus 7 ini dijangka akan dikeluarkan oleh Huawei

Setelah kejayaannya dalam Huawei Nexus 6, sekali lagi Huawei diberi kepercayaan oleh Google untuk membangunkan tablet Nexus pula yang dijangka akan hadir pada acara Google I/O pada tahun hadapan.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menjangka spesifikasi yang bakal ditawarkan. Namun, ia dijangka hadir dengan platform Android terbaru dan sudah tentunya kita tidak bercakap mengenai Android 6.0 Marshmallow tetapi mengenai Android N.

Sehingga hari ini, Huawei MediaPad X2 merupakan tablet 7.0 inci terbaru keluaran Huawei. Reka bentuk dan spesifikasinya dilihat agak baik. Sekiranya Huawei membangunkan tablet Nexus 7 berasaskan peranti ini yang telah ditingkatkan mungkin ramai yang ingin memilikinya apatah lagi dengan rekaan bezel yang sangat nipis berbanding tablet Nexus 7 sebelum ini.

Sumber : AndroidHeadlines