Microsoft Lumia 650

Smartphone Microsoft Lumia 650 Akan Diperkenalkan Awal Tahun Depan. Dijangka hadir Dengan Skrin 5.0 Inci, 8 MP Kamera dan Cip Snapdragon 212.

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan tiga peranti Windows 10 yang terdiri daripada Microsoft Lumia 950, 950 XL dan Juga Lumia 550 yang kini telah pun berada di pasaran tempatan. Microsoft juga telah bersedia untuk memperkenalkan generasi seterusnya telefon pintar Windows 10 yang dijangka pada Januari atau Fabuari tahun hadapan. Peranti yang akan diperkenalkan adalah Microsoft Lumia 650. 

Pada awal tahun hadapan terdapat dua majlis penting yang akan berlansung iaitu CES2016 yang berlansung pada 6 – 9 Januari dan MWC2016 yang berlansung bermula 22 – 25 Febuari. Dan menurut Windows Central, Microsoft Lumia 650 akan diperkenalkan pada salah satu majlis tersebut.

Microsoft Lumia 650 Microsoft Lumia 650 Microsoft Lumia 650
Gambar Render Microsoft Lumia 650 Oleh Windows Central

Mengenai Microsoft Lumia 650 juga, beberapa gambar render awal turut didedahkan yang memperlihatkan kerangka logam dengan dua pilihan warna hitam dan putih. Namun gambar render ini bukanlah rasmi dari Microsoft. Ianya ciptaan Windows Central dan @PhoneDesigner bedasarkan gembar-gambar yang tertiris sebelum ini.

Mengenai spesifikasi Microsoft Lumia 650 pula ianya bakal berada di atas peranti Lumia 550 yang diperkenalkan sebelum ini, peranti ini dijangka hadir dengan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 720P. Ia juga bakal hadir dengan pemproses kelas permulaan Qualcomm Snapdragon 212 dengan CPU quad-core 1.3 Ghz, 8 Megapixel kamera utama beserta 5 Megapixel sensor di bahagian hadapan serta sokongan NFC. Didalamnya turut hadir dengan 1 GB RAM, 8 GB memori terbina serta sokongan slot tambahan microSD.

Sumber : WindowsCentral