Peratus Pengguna Android MarshMallow

Pengguna Android KitKat Masih Tertinggi Pada 2015 Diikuti Android Lollipop dan Jelly Bean. Peratus Pengguna Android MarshMallow Hanya Sekitar 0.5%.

Sebelum berakhirnya tahun 2015, Google telah mengeluarkan laporan khas mengenai peratus penggunaan peranti yang menjalankan platform Android. Ia dikelaskan mengikut versi Android itu sendiri yang bermula dari Android 2.2 Froyo hinggalah versi yang terkini Android 6.0 MarshMallow.

Dari data diatas menunjukan Android KitKat masih lagi kekal sebagai versi Android terbanyak digunakan pada penghujung tahun ini yang merangkumi 36.6% dan diikuti dengan Android Lollipop. Android Jelly Bean juga boleh dimasukan di tempat ke tiga yang merangkumi 26.9% dari keseluruhan pengguna Android.

Android 6.0 MarshMallow pula hanya sekitar 0.5%. Ini kerana penggunaannya masih belum meluas dan kebanyakannya adalah model keluaran Google Nexus. Mungkin angka ini akan lebih tinggi pada awal tahun hadapan apabila pengeluar-pengeluar telefon pintar mula melancarkan kemaskini Android 6.0 MarshMallow pada model-model terpilih mereka.

Sumber : Android