Maxis Apple iPad Pro

Maxis Hadir Dengan Plan Data Internet Untuk Apple iPad Pro. Tawaran Harga Peranti RM3982 Serta Bil Bulanan Serendah RM50 Untuk Plan SurfMore50.

Apple Malaysia baru sahaja memperkenalkan Apple iPad Pro untuk pasaran Malaysia pada awal November yang lalu. Harga jualan pula bermula dari RM3599 untuk model 32 GB Wifi, model 128 GB Wifi pada harga RM4299 serta model 128 GB versi LTE yang hadir dengan harga RM4899. Bagi yang ingin mendapatkan dengan pakej plan data internet, Maxis ada menawarkan plan data internet khas untuk tablet ini dengan harga peranti serendah RM3982 untuk model 128 GB LTE. 

Dngan pembelian Apple iPad Pro melalui Maxis, anda akan jimat lebih RM900 untuk peranti dan ditawarkan Plan Internet SurfMore50 untuk 2 GB data internet bulanan serta dengan komitmen bulanan hanya RM50. Bayaran pendahuluan juga dikenakan sebanyak RM300 untuk peranti.

Plan Maxis SurfMore50 Untuk Apple iPad Pro
Pakej / Plan SurfMore50
Data Internet 2 GB Data Bulanan
Harga Peranti RM 3982
Pendahuluan RM 300
Bayaran Bulanan RM 50 Dengan Kontrak Selama 2 Tahun
Bayaran Ketika Pendaftaran RM 4282

Mengenai spesifikasi Apple iPad Pro yang merupakan tablet iPad terbesar yang pernah dihasilkan dengan skrin sebesar 12.9 Inci. Ia turut disertakan dengan pemproses Apple A9X, Pengimbas Cap Jari, 8 Megapixel kamera serta 2 Megapixel di bahagian hadapan.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Untuk Apple iPad Pro

Untuk tawaran dari Maxis ini tidak disertakan dengan Apple Pencil. Namun Anda boleh dapatknya sendiri melalui pengedar rasmi Apple dengan harga RM469. Untuk maklumat lanjut mengenai Plan Maxis SurfMore50 untuk Apple iPad Pro boleh layari di laman rasmi Maxis.