Ura-Ura Mengenai Pemproses Qualcomm Snapdragon 830 Yang Bakal Hadir Dengan Sokongan RAM Sehingga 8 GB.
Pemproses Qualcomm Snapdragon 810 telah melakukan tugasnya dengan baik terutamanya pada peranti kelas perdana. Walaupon sebelum ini kedengaran masalah kepanasan yang dialami cip ini, namun versi ke-2 Snapdragon 810 telah pun mengatasinya dengan cemerlang. Cipset Qualcomm Snapdragon 820 juga telah dilancarkan beberapa minggu yang lalu, namun masih belum ada smartphone yang menggunakannya. Ianya merupakan cip 64-Bit dengan kemampuan CPU sehingga 2.2 GHz dan keupayaan grafik Adreno 530. Ia dijangka banyak digunakan pada smartphone perdana pada awal tahun hadapan. [AdsPost]
Qualcomm dilihat tidak terhenti di situ sahaja. Pembangunan cip untuk peranti mudah alih diteruskan dengan pembangunan untuk pemproses Qualcomm Snapdragon 830. Walaupon masih terlalu awal untuk kita menduga kebolehannya, namun beberapa maklumat mengenainya telah pun tertiris di internet. Salah satu daripadanya ialah cip ini menyokong penggunaan RAM sehingga 8 GB.
Menurut sumber, kebanyakan peranti High-End pada tahun hadapan akan fokuskan pada prestasi yang lebih baik dan kebanykannya bakal hadir dengan 6GB atau 8GB RAM. Bagi menampung kehendak pengeluar telefon bimbit, Qualcomm diramalkan akan memperkenalkan Cip Snapdragon 830 dengan nama kod “MSM8998” yang menyokong penggunaan RAM sehingga 8 GB RAM.
Bercakap mengenai penggunaan RAM yang tinggi, Ura-ura awal mendedahkan Samsung Galaxy Note 6 juga bakal hadir dengan 8 GB RAM dengan kemampuan CPU 16-Teras yang akan diperkenalkan tahun hadapan.