Gambar Dan Spesifikasi Peranti Mampu Milik Samsung Galaxy J1 2016 Tertiris. Membawakan Spesifikasi Rendah Dengan Harga Jangkaan Dibawah RM500.
Tahun 2015 semain menghampiri penghujungnya dan pengeluar-pengeluar telefon bimbit mula bersiap sedia untuk model-model baru peranti mereka pada tahun 2016. Terbaru, peranti mampu milik Samsung Galaxy J1 2016 mula tertiris di initernet yang telah didedahkan oleh @sleaknow. [AdsPost]
Menurutnya, model baru Samsung Galaxy J1 2016 akan hadir dengan pemproses buatan Samsung iaitu cipset Exynos 3457 serta Mali-720 GPU. Peranti mampu milik ini juga berkemungkinan besar akan hadir dengan 1 GB RAM dan sedia dipasang dengan sistem Android 5.1.1 Lollipop.
Sementara itu, gambar Samsung Galaxy J1 2016 yang tertiris memperlihatkan reka bentuk yang hampir sama dengan versi yang terdahulu. Namun untuk paparan mungkin akan dibesarkan dari 4.3 inci kepada 4.5 inci dengan resolusi yang sama iaitu 480×800 pixel.
Buat masa ini masih belum ada tarikh rasmi mengenai pelancaran Samsung Galaxy J1 2016. Namun ia dijangka seawal Januari atau Febuari tahun hadapan. Bagi harganya, model terdahulu dipasarkan dengan harga sekitar RM399 untuk pasaran Malaysia. Bagi Samsung Galaxy J1 2016 pula, mungkin tidak jauh bezanya dengan harga model yang lalu iaitu sekitar RM399 – RM499.