HTC One X9

HTC One X9 Dilancarkan, Peranti Pertengahan Premium Dengan Skrin 5.5 inci, Cip Mediatek Helio X10 Dan 13 MP Kamera. Harga Dijangka Sekitar RM1599.

Variasi terbaru kepada barisan peranti perdana HTC One telah diperkenalkan dengan nama HTC One X9. Ia akan memulakan pasarannya di China dengan harga jualan sekitar USD370 atau bersamaan dengan RM1599. Untuk pasaran lain mungkin akan diperkenalkan pada tahun hadapan. 

HTC One X9 membawakan spesifikasi pertengahan dengan peggunaan sistem Android terbaru versi 6.0 MarshMallow. Prestasinya juga dilihat meyakinkan dengan pemproses Mediatek Helio X10 dengan penggunaan RAM sebesar 3 GB. Peranti ini juga hadir dengan 32 GB memori dalaman serta sokongan slot tambahan sehingga 200 GB.

HTC-ONE-X9

Selain menawarkan dual-Speaker BoomSound di bahagian hadapan, HTC One X9 juga hadir dengan sistem penstabilan imej OIS pada kamera 13 Megapixel kamera miliknya. Ia turut hadir dengan pelbagai mod pengambaran yang lain beserta 5 Megapixel di bahagian hadapan untuk selfie.

Spesifikasi HTC One X9
Platform Android 6.0 (Marshmallow)
Pemproses Mediatek MT6795 Helio X10, Octa-Core CPU
Memori 32 GB, 3 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 200 GB
Paparan 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, OIS, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Putih Dan Hitam
Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM1599 (USD370)
Kelebihan
  • Pengecasan Pantas
  • Memiliki Kamera dengan OIS
  • Sistem Audio Dolbi
Kekurangan
  • Tidak memiliki pengimbas cap jari dan juga sambungan USB Type-C
  • Tidak menyokong NFC

Ciri-ciri lain seperti paparan 5.5 inci, bateri Li-Ion 3000 mAh turut hadir untuk smartphone ini. Namun tiada pengimbas cap jari seperti mana kebanyakan peranti pertengahan dan perdana yang lain.

Buat masa ini peranti ini dipasarkan untuk pasaran China dahulu dengan harga sekitar USD370. Berkemungkinan besar peranti akan memasuki pasaran antarabangsa pada tahun hadapan.