Samsung Galaxy A7 2016

Samsung Telah Mengumumkan Barisan Keluarga Galaxy A Yang Baru Untuk Pasaran 2016. Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan Dan Rekaan Premium.

Samsung hari ini telah mengemaskini barisan peranti dari keluarga Galaxy A yang terdiri dari Samsung Galaxy A3, Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7 untuk tahun 2016. Peranti-peranti ini merupakan smartphone kelas pertengahan dengan rekaan logam yang premium dengan harga yang lebih rendah berbanding dari kelas perdana. 

Dari rekaan luar tidak banyak perubahan yang dibawakan pada model-model 2016 ini dari model Siri-A 2015. Perbezaannya mungkin pada warna, rekaan logam dan juga pengimbas cap jari yang terdapat pada Galaxy A5 dan Galaxy A7 yang baru ini. Keseluruhannya ketiga-tiga peranti ini memiliki perbezaan terutamanya pada saiz paparan, kapasiti bateri pemproses dan juga memori sistem RAM. Spesifikasi lanjut unyuk ketiga-tiga model baru ini seperti dibawah:

Samsung Galaxy A7 (2016)

Samsung Galaxy A7 2016 Samsung Galaxy A7 2016 Samsung Galaxy A7 2016
Gambar Samsung Galaxy A7 (2016)
  • Paparan : Skrin 5.5 inci dengan resolusi HD 1080P, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses : Octa-Core 1.6 GHz
  • Memori : 16 GB dan 3 GB RAM
  • Kamera Utama : 13 Megapixel dengan OIS, LED Flash
  • Kamera Depan : 5 Megapixel
  • Platform : Android 5.1.1 (Lollipop)
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth
  • Bateri : Li-Ion 3300 mAh
  • Ciri-ciri : Pengimbas Cap Jari, Dual SIM, 4G LTE

Samsung Galaxy A5 (2016)

Samsung Galaxy A5 (2016) Samsung Galaxy A5 (2016) Samsung Galaxy A5 (2016)
Gambar Samsung Galaxy A5 (2016)
  • Paparan : Skrin 5.2 inci dengan resolusi HD 1080P, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses : Octa-Core 1.6 GHz
  • Memori : 16 GB dan 2 GB RAM
  • Kamera Utama : 13 Megapixel dengan OIS, LED Flash
  • Kamera Depan : 5 Megapixel
  • Platform : Android 5.1.1 (Lollipop)
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth
  • Bateri : Li-Ion 2900 mAh
  • Ciri-ciri : Pengimbas Cap Jari, Dual SIM, 4G LTE

Samsung Galaxy A3 (2016)

Samsung Galaxy A3 (2016) Samsung Galaxy A3 (2016) Samsung Galaxy A3 (2016)
Gambar Samsung Galaxy A3 (2016)
  • Paparan : Skrin 4.7 inci dengan resolusi HD 720P, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses : Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410, Quad-Core 1.5 GHz
  • Memori : 16 GB dan 1.5 GB RAM
  • Kamera Utama : 13 Megapixel, LED Flash
  • Kamera Depan : 5 Megapixel
  • Platform : Android 5.1.1 (Lollipop)
  • Sambungan : Wifi, GPS, Bluetooth
  • Bateri : Li-Ion 2300 mAh
  • Ciri-ciri : Dual SIM, 4G LTE

Untuk harganya pula, barisan peranti Samsung Galaxy A versi 2016 ini dilihat agak tinggi. Ia mungkin disebabkan rekaannya yang lebih premium dengan kerangka logam berbanding kebanyakan peranti pertengahan yang lain. Samsung Galaxy A3 2016 akan dipasarkan sekitar €399 atau RM1500 manakala untuk Galaxy A5 dan A7 pula masing-masing berharga €399 (RM1825) dan €499 (RM2400).

Model Siri-A 2016 ini akan dipasarkan di China pada pertengahan Disember ini manakala untuk pasaran antarabangsa pula bermula Januari ini.