Android 6.0.1 Marshmallow

Update Terbaru Android 6.0.1 Marshmallow Hadir Untuk Peranti Google Nexus. Sedia Di Muat Turun Bermula Hari Ini.

Kemaskini terbaru Android 6.0.1 Marshmallow telah pun diperkenalkan hari ini yang sedia di muat turun untuk peranti-peranti Google Nexus termasuk Nexus 7 2013, LG Nexus 5, Motorola Nexus 6, HTC Nexus 9, LG Nexus 5X dan Huawei Nexus 6P. Ianya boleh dimuat turun terus dari laman Google Developer bermula hari ini dan memasangnya secara manual. Untuk kemaskini secara On The Air (OTA) akan menyusur kemudian untuk peranti tersebut.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, Android 6.0.1 Marshmallow merupakan kemas kini minor yang membawakan penambahan lebih 200 karaktor emoji yang baru dan juga laluan pintas untuk membuka kamera yang lebih pantas dengan hanya menekan dua kali pada butang “Home”. Selebihnya mungkin kemaskini untuk sistem keselamatan dan sebaginya.

Bagi yang ingin mencubanya, Google telah menyediakan beberapa langkah atau arahan untuk cara-cara memasang kemaskini Android 6.0.1 Marshmallow secara manual (Flashing) untuk peranti anda. Anda boleh mengikutinya dan muat turun fail kemaskini di Google Developer.