Xiaomi Redmi Note 2 Celcom

Celcom Telah Menawarkan Plan Data Internet Dan Panggilan Untuk Xiaomi Redmi Note 2 Serendah RM45 Sebulan Dengan Data Bulanan 2 GB.

Celcom telah menawarkan plan Pascabayar atau Pospaid internet dan panggilan khas untuk peranti mampu milik Xiaomi Redmi Note 2 yang baru saja dilancarkan untuk pasaran tempatan baru-baru ini. Di Malaysia harga Xiaomi Redmi Note 2 dipasarkan dengan harga RM649 yang boleh didapati di laman jualan atas talian Lazada Malaysia

Bagi yang ingginkan menggunakan plan data internet, Celcom telah menyediakan dua pakej khas untuk peranti ini iaitu plan FIRST GOLD dan FIRST BLUE dengan komitmen bulanan serendah RM45 sebulan untuk kontrak selama dua tahun.  Untuk plan FIRST GOLD anda akan menerima 4 GB data internet bulanan manakala plan FIRST BLUE pula hadir dengan 2 GB data internet bulanan. Maklumat terperinci untuk kedua-dua plan ini seperti dibawah.

Plan Celcom First Gold Dan First Blue Untuk Xiaomi Redmi Note 2
Pakej / Plan First Gold First Blue
Panggilan 20Sen/Min Untuk Semua Talian 20Sen/Min Untuk Semua Talian
SMS 20Sen/SMS Untuk Semua Talian 20Sen/SMS Untuk Semua Talian
Data Internet 4 GB Data Bulanan 2 GB Data Bulanan
Faedah
  • 100 Minit + 100 SMS Percuma Untuk Semua Talian
  • 4 GB Data Percuma Pada Sabtu dan Ahad
  • 4 GB Data Percuma Untuk WifiPlus
  • Percuma Streaming Dengan Yonder Music
  • 50 Minit + 50 SMS Percuma Untuk Semua Talian
  • 2 GB Data Percuma Pada Sabtu dan Ahad
  • 2 GB Data Percuma Untuk WifiPlus
  • Percuma Streaming Dengan Yonder Music
Harga Peranti RM 288 RM 488
Pendahuluan RM 300 RM 100
Bayaran Bulanan RM 100 Dengan Kontrak Selama 2 Tahun RM 45 Dengan Kontrak Selama 2 Tahun

Untuk pakej ini, Celcom turut menawarkan beberapa faedah untuk pelanggannya termasuk Internet percuma pada hari Sabtu dan Ahad, Percuma WifiPlus serta streaming percuma dengan Yonder Music.

Sedikit mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 yang merupakan smartphone dengan skrin 5.5 inci, resolusi 1080 x 1920 pixels, kamera utama 13 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian hadapan, pemproses Mediatek MT6795 yang hadir bersama 16 GB memori dalaman serta 2 GB RAM. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran kedua-dua plan ini boleh layari laman rasmi Celcom.