Alcatel Pixi 4 CareTime Watch

Alcatel OneTouch Telah Mengumumkan Barisan Peranti Baru Untuk Tahun 2016 Yang Dinamakan Alcatel PIXI 4 Dengan Harga Mmpu Milik

Alcatel hari ini memperkenalkan keluarga baru untuk pasaran 2016 di CES2016. Ia dinamakan keluarga PIXI 4 yang lebih dikenali sebagai “Peranti Premium Mampu Milik” oleh Alcatel. Dalam keluarga PIXI 4 ini terdiri daripada empat peranti utama yang merangkumi saiz paparan sebesar 3.5 inci, 4.0 inci, 6.0 inci dan sebuah tablet bersaiz 7.0 inci.

Antara peranti dibawah keluarga PIXI 4 termasuk :

  • Alcatel Pixi 4 (3.5) – 2MP/0.3MP Kamera, 512MB RAM, 4 GB Internal Memori
  • Alcatel Pixi 4 (4.0) – 5MP/2MP Kamera, 1GB RAM, 8 GB Internal Memori
  • Alcatel Pixi 4 (6.0) – 8MP/5MP Kamera, 1GB RAM, 8 GB Internal Memori
  • Alcatel Pixi 4 (7.0) – 2MP/0.3MP Kamera, 1GB RAM, 8 GB Internal Memori

Bedasarkan spesifikasi keempat empat peranti ini, tiga daripadanya (tidak termasuk model 3.5 inci) telah tersedia dipasang dengan Android 6.0 MarshMallow manakala Alcatel Pixi 4 (3.5) masih lagi kekal dengan Android 5.1. 

Prestasi dan kameranya dilihat agak biasa bagi sebuah peranti kelas permulaan. Namun rekaan luarnya mungkin akan mendapat lebih perhatian yang dilengkapi dengan pelbagai warna untuk setiap model.

Alcatel CareTime Watch, Jam Pintar Untuk Memantau Kanak-Kanak

Selain daripada barisan keluarga PIXI 4, Alcatel turut memperkenalkan jam pintar khas bagi memantau kanak-kanak. Jam pintar tersebut dipanggil Alcatel CareTime Watch  yang memiliki sambungan selular 2G membolehkan ibu bapa menghubungi anak mereka dengan mudah.

Antara kelebihan Alcatel CareTime Watch termasuk :

  • Membolehkan IbuBapa membuat panggilan atau menghantar pesanan kepada anak mereka dengan mudah.
  • Kanak kanak boleh membalas panggilan atau pesanan kepada 10 nombor kenalan tersedia.
  • Dilengkapi dengan GPS bagi mengetahui lokasi anak anak.
  • IbuBapa akan menerima notifikasi sekiranya kanak kanak berada diluar kawasan yang dibenarkan.

Buat masa ini, Alcatel belum mengeluarkan senarai harga dan tarikh pasaran untuk semua peranti peranti ini.