Asus Zenfone Zoom

Peranti Fokus Kepada Fotografi, Asus Zenfone Zoom Diperkenalkan Di Malaysia 13 Januari Ini. Harga Dijangka Sekitar RM1599 – RM1799.

Setelah setahun diperkenalkan buat pertama kali akhirnya Asus Zenfone Zoom tiba di Malaysia pada 13 Januari ini. Bukan sahaja di Malaysia, peranti yang mengfokuskan pada fungsi fotografi ini juga baru sahaja dilancarkan secara rasmi di India dan juga pasaran USA. 

Buat masa ini, Asus Malaysia masih lagi belum mendedahkan harga rasmi peranti ini. Namun di USA ia telah mula dijual dengan harga USD399. Mungkin di Malaysia ia Asus Zenfone Zoom akan dijual sekitar RM1599 – RM1799.

Sedikit mengenai spesifikasi Asus Zenfone Zoom yang hadir dengan 13 Megapixel kamera hasil sentuhan sensor dari Panasonic, OIS, Laser Autofokus dan juga 3x Optikal Zoom yang sudah tentunya tidak terdapat pada smartphone biasa yang lain. Di bahagian hadapan pula hadir dengan 5 Megapixel kamera untuk selfie.

Baca : Spesifikasi Penuh Asus Zenfone Zoom 

Selain dari fungsi kamera yang lebih maju, spesifikasi Asus Zenfone Zoom lebih menyerupai model High-End Asus Zenfone 2 termasuk skrin sebesar 5.5 inci, 4 GB RAM, Pemproses Quad-Core dari Intel dan sebagainya.