Microsoft Internet Explorer

Internet Explorer 8, 9 Dan 10 Akan Ditamatkan Pada 12 Januari Ini. Pengguna Internet Explorer 11 Dan Microsoft Edge Akan Menerima Kemaskini Seperti Biasa.

Microsoft akan menamatkan sokongan kepada Internet Explorer untuk versi 8, 9 dan 10 pada 12 Januari ini. Ini bermakna tiada lagi kemaskini keselamatan atau sokongan teknikal untuk ketiga-tiga versi pelayar web ini. Jadi untuk pengguna Internet Explorer pastikan anda telah menaik taraf ke versi 11 atau Microsoft Edge bagi mengelakan anda terdedah kepada ancaman kepada malware atau sebagainya. 

Untuk versi 11 pula, Microsoft akan terus menambah baik dan menerima kemaskini keselamatan dari masa ke semasa untuk kegunaan Windows 7, 8.1 dan juga Windows 10.

Internet Explorer atau lebih dikenali sebagai “IE” merupakan aplikasi pelayar web antara yang terawal. Namun, sejak kemunculan playar web yang lain seperti Google Chrome dan Mozila Firefox, populariti IE semakain jatuh apabila pesaingnya menawarkan sesuatu yang lebih baik, pantas, ringan dan berguna.

Untuk kembalikan keyakinan pengguna, Microsoft telah melancarkan Microsoft Edge sebagai alternatif kepada IE yang dilihat lebih pantas dan ringan yang ditawarkan bersama Windows 10. Jadi, untuk pengguna IE yang setia adakah anda akan beralih kepada Microsoft Edge?.

Sumber : Windows