ExoLens

ExoLens Merupakan Kanta Luaran Membantu Meningkatkan Lagi Kualiti Gambar Yang Di Ambil Pada Kamera Apple iPhone 6 dan 6S.

Kini Smartphone telah digunakan menggantikan kamera digital untuk mengambil gambar. Namun dalam reka bentuk yang agak kompak sudah tentunya terdapat batasan pada kamera smartphone terutamnya pada kebolehan optikal zoom dan juga jarak fokus yang tetap.

Untuk atasi masalah ini ExoLens dan Zeiss telah berkerjasama dalam menghasilkan kanta luaran untuk kegunaan Apple iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus.

Bertempat di CES2016, ExoLens mengumumkan tiga jenis kanta tersebut termasuk kegunaan Wide Angle, Macro dan juga Telephoto. Setiap kanta dilekatkan pada pelekap aluminium dan dipasang kepada Apple iPhone.

ExoLens

Aksesori tambahan untuk iPhone ini akan dipasarkan pada suku ke 2 tahun ini yang boleh didapati melalui laman Amazon.com atau melalui laman rasmi Exolens.com pada harga USD129.95 atau bersamaan RM570. Buat masa ini aksesori ini hanya menyokong untuk Apple iPhone dan juga Samsung Galaxy S6 sahaja.