[AdsFB]
Netflix Kini Di Tawarkan Di Malaysia, Harga Langganan Serendah RM33, RM42 Dan RM51. Percuma Sebulan Untuk Percubaan.
Netflix membuat kejutan di CES2016 dengan mengumumkan pelancaran servis penyiaran TV dan Movie online kepada lebih 130 negara termasuk di Malaysia. Secara keseluruhannya, kini mereka memiliki lebih 190 negara yang menyokong perhidmatannya itu. [AdsPost]
Di Malaysia, Netflix telah mula boleh dilanggan bermula hari ini dan diberi percuma selama sebulan. Selepas sebulan tamat, anda boleh memilih tiga plan khas serendah RM33, RM42 dan RM51. Ketiga-tiga plan ini hanya berbeza dari segi kualiti video sama ada SD, HD atau Ultra-HD dan juga jumlah skrin yang boleh ditonton dalam masa yang sama.
Buat masa ini, Netfix hanya menyokong pembayaran melalui kad kredit sahaja yang akan dikenakan selepas promosi percuma tamat. Bagi yang berminat untuk mencuba secara percuma, Anda boleh layari Netflix Malaysia.