Oppo F1

Oppo Akan Melancarkan Barisan Peranti Dari Keluarga Oppo F Yang Mengfokuskan Pada Fungsi Fotografi. Dimulakan Dengan Oppo F1 Yang Akan Hadir Pada Januari Ini.

Oppo akan mulakan tahun 2016 dengan memperkenalkan peranti baru dari siri F yang akan mengfokuskan pada fungsi fotografi. Ia akan dimulakan dengan pelancaran Oppo F1 yang dijangka diadakan pada bulan ini.

Barisan keluarga Oppo F dihasilkan atas permintaan global yang inginkan peranti premium dengan fungsi fotografi yang terbaik. Namun, kebanyakan smartphone yang mengfokuskan pada fotografi dijual pada harga tinggi di pasaran. Jadi, Barisan keluarga Oppo F diperkenalkan bagi memenuhi permintaan tersebut dengan harga yang lebih berpatutan. 

Oppo juga telah mendedahkan lebih banyak peranti dari barisan Oppo F akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Buat masa ini sebarang spesifikasi atau maklumat mengenai Oppo F1 masih lagi menjadi tanda tanya. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang akan diperkenalkan pada bulan ini serta bakal dipasarkan di pasaran antarabngsa termasuk Malaysia.

Sumber : GSMArena