[AdsFB]
Qualcomm Snapdragon 820 Kini Rasmi, LeTV Max Pro Peranti Pertama Menggunakannya Dengan Quad-Core 2.2 GHz, Cip grafik Adreno 530 CPU Dan Snapdragon Sense ID.
Akhirnya Qualcomm mengambil tempat di pentas CES2016 bagi memperkenalkan produk terbaru mereka. Dan sudah tentunya kita menanti-nantikan pemproses terkini 2016, Qualcomm Snapdragon 820 diperkenalkan dan smartphone LeTV Max Pro adalah peranti pertama yang menggunakannya.
LeTV merupakan pendatang baru dalam industri telefon pintar yang berpangkalan di China. Buat masa ini produknya banyak dipasarkan di China, India dan USA sahaja. [AdsPost]
LeTV LeMax Pro dijalankan dengan pemproses terbaik dari Qualcomm dengan pemproses Kryo Quad-Core 2.2 GHz, Cip grafik Adreno 530 CPU dan sebagainya. Cip Snapdragon 820 ini juga menawarkan pengecasan pantas QuickCharge 3.0, sambungan Tri-Band Wifi, LTE Cat.12 dan sebagainya.
Qualcomm juga telah memperkenalkan Snapdragon Sense ID yang merupkan pengimbas cap jari biometrik yang berasaskan Ultrasonik yang lebih selamat dan dipercayai berbanding menggunakan pengimbas cap jari yang berasaskan teknologi kapasitif yang banyak digunakan oleh Apple, Samsung dan yang lainnya.
Memandangkan LeTV Max Pro diumumkan di pentas Qualcomm, tidak banyak maklumat mengenai peranti ini dari segi harga dan tarikh pasaran. Cuma, peranti ini dikatakan hadir dengan platform Android 6.0 MarshMallow, Skrin 5.5 inci dengan resolusi Quad HD dan sebaginya.
Sumber : AndroidPolice