Clash Royale

Permainan Strategi Baru Dari Supercell, Clash Royale. Muat Turun Percuma Untuk Pengguna iOS Di Negara-Negara Terpilih.

Clash of Clans telah menjadi permainan yang paling popular dikalangan pengguna telefon pintar dan tablet. permainan yang berasaskan strategi peperangan itu memberi ketagihan pada pemain untuk melengkapkan pangkalan perang ketahap yang tertinggi beserta askar yang kuat. Tidak cukup dengan itu, Supercell telah membangunkan satu lagi permainan baru yang dinamakan Clash Royale. 

Clash Royale masih lagi mengekalkan beberapa watak yang sama dengan Clash of Clans namun cara permainan yang agak berbeza. Ia lebih kepada permainan multiplayer dengan perlawanan satu lawan satu secara lansung. Ia akan mencari lawan yang sama taraf dengan anda dan mempersiapkan pangkalan tentera sebelum memulakan perlawanan.

Video Promo Clash Royale

Anda memerlukan “Kad” yang dimenangi bagi menaik taraf askar dan mendapatkan karekter-karektor baru didalam permainan ini. Permainan ini juga telah menyediakan lebih banyak Arena perlawanan bagi suasana ynag lebih berbeza.

Buat masa ini permainan ini hanya ditawarkan kepada pengguna iOS di beberapa negara terpilih sahaja secara percuma. Lebih banyak negara akan menyusur tidak lama lagi. Buat masa ini masih belum ada berita mengenai permainan ini akan hadir untuk pengguna Android.

Sumber : Supercell