Samsung Ativ Tablet Windows 10

Samsung Bakal Hadir Dengan Tablet Windows 10 Bersaiz 12.0 Inci. Dilengkapi Dengan S-Pen  Dan Bakal Diperkenalkan Pada Suku Pertama 2016.

Samsung telah mempersiapkan sebuah tablet bersaiz 12.0 inci yang dipadukan dengan platform Windows 10. Ia akan hadir dengan model bersiri SM-W700 yang dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun ini. 

Dua tahun ini Samsung lebih mengfokuskan pada tablet Android berbanding Windows oleh kerana model Ativ yang dipadukan dengan Windows RT sebelum ini agak kurang mendapat perhatian dari pengguna. Setelah Microsoft memperkenalkan Windows 10, Samsung mungkin mula memberi peluang pada platform tersebut untuk perantinya.

Selain menggunakan platform Windows 10, Samsung SM-W700 atau mungkin akan diperkenalkan sebagai salah satu siri dari keluarga Samsung Ativ dijangka akan dipadukan dengan cipset dari Intel dan juga menyokong penggunaan S-Pen. Spesifikasi lain masih belum banyak didedahkan.

Bagi harganya pula sudah tentu tablet ini akan bersaing dengan tablet perdana yang lain dengan harga sekitar USD445 atau sekitar RM1999. Namun buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari Samsung mengenai tarikh pelancaran peranti ini. Mungkin diperkenalkan pada suku pertama tahun hadapan.

Tags