LG K10 Series

Smartphone Kamera Terbaik Untuk Kelas Pertengahan LG K10 Dan LG K7 Diperkenalkan. Akan Hadir Di CES2016 Pada 6 Januari Ini.

Jika Oppo bakal hadir dengan barisan peranti Oppo F yang mengfokuskan pada fotografi, LG pula telah memperkenalkan dua model dari Siri LG K iaitu LG K10 dan LG7 yang mengfokuskan pada fungsi yang sama. Menurut LG, kedua dua peranti ini memiliki kamera termaju didalam kelasnya.

LG K10 dan K7 akan diperkenalkan pada CES2016 yang berlansung pada 6 Januari ini, namun untuk kenyataan media telah dikeluarkan pada hari ini. Barisan keluarga LG K akan menggantikan siri LG L untuk tahun 2016.

Untuk spesifikasi, LG K10 hadir dengan skrin lengkuk sisi 2.5D sebesar 5.3 inci dengan resolusi 720P. Peranti dengan sambungan LTE ini juga hadir dengan pemproses Quad-Core 1.3 GHz, variasi 2GB, 1.5GB dan 1GB RAM serta pilihan 16 GB dan 8 GB memori dalaman. Untuk kameranya juga hadir dengan tiga pilihan iaitu untuk model LTE hadir dengan 13MP/8MP dan 13MP/5MP manakala model 3G hadir dengan 8MP/8MP kamera.

LG K Series LG K Series LG K Series
Gambar Siri LG K

Bagi LG K7 pula hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi yang agak kecil iaitu 480×854 pixels. Di bahagian dalamnya pula, model LTE hadir dengan Quad-Core 1.1 GHz CPU mnakala versi 3G hadir dengan Quad-Core 1.3 GHz CPU. Antara ciri-ciri lain termasuk pilihan 8MP atau 5MP kamera utama, 5MP kamera hadapan serta 2125 mAH bateri.

Kedua dua peranti iani akan dipamerkan di CES2016 pada 6 Januari ini. Mengenai tarikh pasaran serta harga masih lagi belum didedahkan.