Polaroid Power Dan Snap

Polaroid Memperkenalkan Dua Peranti Di CES2015 Iaitu Polaroid Power Dan Polaroid Snap Yang Merupakan Phablet Kelas Pertengahan.

Pada tahun lepas di CES2015, Polaroid memperkenalkan smartphone yang mengfokuskan pada Selfie iaitu Polaroid Selfie. Namun peranti tersebut menjadi isu apabila ia menyerupai Oppo N1 dengan kamera boleh putar yang terdapat padanya.

Pada tahun ini pula, sekali lagi Polaroid muncul di CES2016 dengan memperkenalkan dua lagi peranti untuk pasaran 2016. Peranti tersebut ialah Polaroid Snap dan Polaroid Power. 

Seperti namanya, Polaroid Power merupakan sebuah peranti yang berkuasa namun masih lagi mengekalkan untuk pasaran pertengahan. Ia hadir dengan paparan yang begitu besar iaitu 6.0 inci dan resolusi HD Penuh 1080P. Didalamnya pula, perati ini hadir dengan Pemproses Octa-Core, 3 GB RAM dan bersama-sama 32 GB memori dalaman. Untuk kamera ia dilengkapi dengan 13 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel kamera selfie.

Polaroid Snap

Polaroid Snap pula menawarkan spesifikasi yang lebih rendah dengan variasi skrin termasuk 5.0 inci, 5.5 inci serta 6.0 inci. Ketiga-tiga model ini dikuasai dengan pemproses Quad-Core dan juga 2 GB RAM. Juga terdapat 16 GB memori dalaman yang memberi ruangan cukup untuk menyimpan segala data didalam peranti anda. Peranti ini juga bawakan 13 megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Bagi harganya pula, Polaroid Power akan dipasarkan dengan harga jualan USD249 atau bersamaan RM1099. Manakala untuk model Polaroid Snap pula dipasaran pada harga antara USD129 (RM569) hingga USD179 (RM789) bergantung pada saiz paparan.