TP-Link Neffos C5

TP-Link Memasuki Pasaran Smartphone Dengan Melancarkan Tiga Smartphone Pertengahan Dan Mmpu Milik Iaitu TP-Link Neffos C5, C5 Max Dan C5L.

TP-Link merupakan jenama pilihan pengguna dalam pembuatan modem dan juga router internet. Namun di CES2016 , mereka telah membuat keputusan yang tidak dijangka dengan memasuki dunia telefon pintar. TP-Link telah mengumumkan tiga Smartphone iaitu Neffos C5, C5 Max dan juga C5L.

Ketiga-tiga peranti ini dilihat lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan dan juga peranti mampu milik. Model paling terbaik sudah tentunya TP-Link Neffos C5 Max yang hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080P, Pemproses Mediatek MT6753 dengan CPU Octa-Core, 2 GB RAM dan 16 GB memori dalaman. Untuk kamera ia hadir dengan 13 Megapixel kamera utama dan 3045 mAh bateri. 

Model Ke-2 pula ialah TP-Link Neffos C5 yang merupakan versi kecil daripada C5 Max. Ia hadir dengan spesifikasi yang hampir sama kecuali pada paparan yang lebih keci iaitu 5.0 inci dengan resolusi HD 720P dan juga kamera dengan resolusi yang lebih rendah iaitu 8 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan. Baterinya juga dilihat lebih kecil iaitu 2200 mAh.

Model ke-3 lebih mengfokuskan pada peranti mampu milik iaitu TP-Link Nefos C5L. Peranti ini hadir dengan paparan sebesar 4.5 inci dengan resolusi 480 x 854 pixels, pemproses  Snapdragon 210, 1 GB RAM, 8 GB memori dalaman serta kamera 8 Megapixel kamera utama dan 2 Megapixel di bahagian hadapan.

Buat masa ini, TP-Link masih lagi belum mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai harga dan juga tarikh pasaran. Namun ia dijangka akan diperkenalkan pada penghujung suku pertama tahun ini.

Sumber : AndroidCentral