Huawei MediaPad M2 10

Huawei MediaPad M2 10 Diumumkan. Tablet 10.0 Inci Dengan Platform Android Mengfokuskan Pada Mutimedia Dengan Audio Harman/Kardon Dan Stylus.

Masih lagi di CES 2016 dimana tiba giliran Huawei untuk memperkenalkan tablet 10 Inci Android yang dinamakan Huawei MediaPad M2 10. Daripada namanya mungkin ramai yang terkeliru dengan Huawei MediaPad M2 yang dipekenalkan pada May tahun lepas yang merupakan sebuah tablet 8.0 inci. Model baru ini merupakan variasi kepada model tersebut dengan saiz paparan 10.0 inci. 

Huawei MediaPad M2 10 lebih mengfokuskan pada pengalaman multimedia yang lebih baik dengan rekaan aluminium alloy keseluruhannya bagi rekaan yang lebih premium, elegan dan bergaya. Tablet yang dipadukan dengan Android 5.1 ini turut dilengkapi dengan empat Speakers yang telah diperhalusi oleh Harman Kardon.

Untuk Spesifikasi Huawei MediaPad M2 10 seperti di bawah.

Huawei MediaPad M2 10 Huawei MediaPad M2 10 Huawei MediaPad M2 10
Huawei MediaPad M2 10
Spesifikasi Huawei MediaPad M2 10
Platform Android 5.1 Lollipop
Pemproses Kirin 930, Octa-Core 2GHz Processor
Memori 16/64 GB, 2/3 GB RAM
Paparan 10.0 inches, 1920 x 1200 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri 6660 mAh
  • Wifi, Bluetooth, GPS
  • SWS 2.0 Surround Sound
  • Harman/Kardon Audio
  • Warna Putih dan Hitam
  • Stylus (M-Pen)
Harga
  • USD349 (RM1529) – 2GB + 16GB, WiFi
  • USD399 (RM1759) – 2GB +16GB, LTE
  • USD419 (RM1859) – 3GB + 64GB, WiFi (M-Pen)
  • USD469 (RM2059) – 3GB + 64GB, LTE (M-Pen)

Huawei MediaPad M2 10 akan mula dilancarkan lebih 25 negara pada awal tahun ini termasuk Malaysia. Harga Huawei MediaPad M2 10 untuk pasaran Malaysia masih lagi belum didedahkan. Namun untuk pasaran USA akan dipasarkan dari harga USD349 (RM1529) hinggalah USD469 (RM2059) untuk harga pakej bersama M-Pen.