Lenovo K4 Note

Lenovo K4 Note Diperkenalkan, Hadir Dengan Speaker Dolby Atmos Bersama Set Virtual Reality Pada Harga Mampu Milik.

Bertempat di New Delhi, India, Lenovo telah mengumumkan peranti terbaru untuk tahun 2016 iaitu Lenovo K4 Note bagi menggantikan model yang terdahulu Lenovo K3 Note. Model baru ini akan memenuhi segmen phablet dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. 

Lebih menarik lagi, peranti mampu milik ini dimuatkan dengan sokongan NFC, pengimbas cap jari serta teknologi Dolby Atmos pada pembesar suaranya bagi menghasilkan kualiti bunyi yang lebih baik. Lenovo juga telah berkerjasama dengan Skullcandy bagi menghasilkan Lenovo Skullcandy Ando Headphones yang dijual berasingan.

Lenovo K4 Note

Selain itu, Lenovo juga berganding dengan ANT VR untuk menjayakan set Virtual Reality yang akan dipadankan pada Lenovo K4 Note bagi memberi kesan seolah-olah berada di panggung apabila menonton video atau movie.

Spesifikasi Lenovo K4 Note
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Mediatek MT6753, Octa-core 1.3 GHz, Mali-T720MP3
Memori 8/16/32 GB, 2/3 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, PDAF, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3300 mAh
  • Pengimbas Cap Jari
  • Wifi, Bluetooth, NFC
  • FM Radio
  • Dolby Atmos Sound
  • Warna Hitam
Harga Lenovo K4 Note Di Malaysia Dijangka Sekitar RM799 (INR11,998)

Lenovo K4 Note boleh didapati secara eksklusif di Amazon India dengan harga INR11,998 atau bersamaan dengan harga RM799. Bagi harga Lenovo K4 Note bersama set Virtual Reality pula dijual dengan harga sekitar INR12,499 (RM859). Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di India sahaja. Pasaran antarabangsa lain akan menyusur tidak lama lagi.

Kemaskini : Lenovo K4 Note Telah Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM999.