Lenovo Vibe S1 Lite Lenovo Vibe S1 Lite Lenovo Vibe S1 Lite
Lenovo Vibe S1 Lite

Lenovo Vibe S1 Lite Diperkenalkan. Spesifikasi Hadir Dengan Skrin 5.0 inci, Kamera 13 Megapixel, Android Lollipop Pada Harga Sekitar RM869.

Nampaknya pada tahun 2016 permintaan untuk smartphone kamera dengan harga mampu milik semakin diminati. Sebelum ini Oppo dan LG telah mendedahkan peranti 2016 yang mengfokuskan pada fotografi dengan harga yang lebih murah. Kini Lenovo pula mengambil bahagian pada CES 2016 bagi memperkenalkan smartphone kamera terbaru miliknya yang dipanggil Lenovo Vibe S1 Lite.

Harga Lenovo Vibe S1 Lite sekitar USD199 atau bersamaan RM869 yang menawarkan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD1080P. Didalamnya pula hadir dengan pemproses Octa-Core 1.3 GHz daripada Mediatek, 2 GB RAM serta memori dalaman sebesar 16 GB. 

Menjadi kelebihan untuk Lenovo Vibe S1 Lite ialah fungsi kameranya yang menawarkan 8 Megapixel kamera dibahagian hadapan yang dipadukan dengan sensor pengimejan dari Sony, 5 lapisan kanta serta tersedia dengan flash bagi gambar selfie yang lebih cerah.

Spesifikasi Lenovo Vibe S1 Lite
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Mediatek MT6753, Octa-core 1.3 GHz, Mali-T720MP3
Memori 16 GB, 2 GB RAM
Paparan 5.0 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, PDAF, Dual-LED Flash
Kamera Depan 8 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 2700 mAh
  • Wifi, Bluetooth
  • FM Radio
  • Warna Matte White, Matte Blue
Harga Lenovo Vibe S1 Lite Di Malaysia Dijangka Sekitar RM869 (USD199)

Bagi kamera utama pula, Lenovo Vibe S1 Lite membawakan kamera 13 Megapixel dengan Phase Detection Auto Fokus (PDAF) serta Dual LED Color Correlated Temperature (CCT) Flash. Ciri-ciri lain seperti mod HDR, Panorama turut tersedia untuk peranti ini.

Lenovo Vibe S1 Lite boleh didapati di seluruh pasaran Antarabangsa termasuk Malaysia dengan harga USD199 atau sekitar RM869 untuk pasaran Malaysia kelak. Tarikh jualan masih lagi belum didedahkan.