Samsung Galaxy TabPro S

Samsung Galaxy TabPro S Diperkenalkan Dengan Platform Windows 10. Tablet Bersaiz 12.0 Inci Skrin, 4 GB RAM, 256 GB Memori Dan Intel Core M Processor.

Agak lama Samsung tidak mengemaskini barisan tablet dengan platform Windows. Kali terakhir pada tahun 2013 dengan kemunculan beberapa model Samsung Ativ. Di CES2016 Samsung telah mengumumkan tablet bersaiz 12.0 inci yang dipadukan dengan platform Windows 10. Ia bukanlah dari keluarga Samsung Ativ namun lebih dikenali sebagai Samsung Galaxy TabPro S. 

Samsung Galaxy TabPro S merupakan tablet premium yang meletakan barisan Microsoft Surface Pro dan Apple iPad Pro sebagai pesaing utamanya. Seperti juga pesaingnya, model baru Samsung ini turut hadir dengan papan kekunci QWERTY yang boleh ditanggalkan.

Baca : Senarai Harga Samsung Terkini di Malaysia

Dikuasai dengan pemproses generasi ke-6, Intel Core M dengan Dual Core 2.2 GHz CPU memberikan lebih kuasa pada tablet ini. Apatah lagi ia turut dipadukan dengan 4 GB RAM meletakan ia sebaris dengan komputer riba yang ada di pasaran sekarang.

Samsung Galaxy TabPro S Samsung Galaxy TabPro S Samsung Galaxy TabPro S
Samsung Galaxy TabPro S
Spesifikasi Samsung Galaxy TabPro S
Platform Windows 10
Pemproses Intel Core M, 64-Bit Dual-Core 2.2 GHz
Memori 128/256 GB, 4 GB RAM
Paparan 12.0 inches, 2160 x 1440 pixels
Kamera Utama 5 Megapixel
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri 5200 mAh
  • Wifi, Bluetooth, LTE, GPS, USB Type-C
  • FM Radio
  • Warna Putih dan Hitam
Harga Di Malaysia Belum diumumkan

Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan harga rasmi serta tarikh pasaran untuk tablet Windows ini. Dengan kebolehan yang dimiliki, sudah tentunya tablet ini boleh menjadi pengganti kepada komputer riba bagi yang gemarkan sebuah peranti mudah alih yang lebih nipis, kecil, kompak dan premium.