Xiaomi Redmi 3 Xiaomi Redmi 3 Xiaomi Redmi 3

Peranti Mampu Milik, Xiaomi Redmi 3 Dilancarkan, Hadir Dengan 5.0 Inci, Snapdragon 616, Harga Xiaomi Redmi 3 Sekitar RM500.

Akhirnya Xiaomi Redmi 3 telah diumumkan yang telah dilancarkan pada acara khas yang berlansung di China. Smartphone ini membawakan tanda harga yang amat rendah bagi sebuah peranti dengan spesifikasi pertengahan. Di china, model mampu milik ini akan mula dipasarkan pada harga RMB699 dan bersamaan dengan USD109 atau RM479. Di Malaysia, harga Xiaomi Redmi 3 mungkin lebih tinggi oleh kerana kos logistik dan juga cukai. Anggaran kami sekitar RM500 – RM550.

Untuk model baru ini, Xiaomi membawakan rekaan serba baru yang lebih premium dengan rekaan logam sepenuhnya yang hadir dengan dua pilihan warna perak dan emas. Paparan hadapan pula dikekalkan dengan 5.0 inci dan resolusi HD 720p. Tidak seperti Redmi Note 3, Redmi 3 tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari. 

Di dalamnya pula, model mampu milik ini hadir dengan pemproses pertengahan Snapdragon 616 dengan keupayaan Octa-Core 1.5Ghz CPU. Ia turut hadir dengan 2 GB RAM yang dilengkapkan bersama ruangan memori 16 GB. Slot tambahan microSD juga disediakan pada ruangan slot Hybrid (microSD berkongsi ruang dengan SIM Ke-2).

Xiaomi Redmi 3 Xiaomi Redmi 3 Xiaomi Redmi 3
Xiaomi Redmi 3
Spesifikasi Xiaomi Redmi 3
Platform Android 5.1 Lollipop
Pemproses Snapdragon 616, Octa-Core 1.5 GHz Processor
Memori 16 GB, 2 GB RAM, microSD
Paparan 5.0 inches, 720 x 1280 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, PDAF, f/2.2 Apature
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Li-Ion 4100 mAh
  • Wifi, Bluetooth, GPS
  • Warna Emas dan Perak
Harga
  • USD109 (RM479)

Walaupun memiliki harga jualan yang rendah, Xiaomi Redmi 3 masih lagi memiliki fungsi fotografi yang setanding dengan peranti pertengahan yang lain. Ia menawarkan kamera 13 Megapixel dengan fungsi Phase Detaction Autofokus dengan F/2.0 Apature. Kamera hadapan pula dipadankan dengan 5 Megapixel kamera yang sesuai untuk gambar selfie dan juga panggilan video.

Baca : Senarai Harga Xiaomi Terkini di Malaysia

Xiaomi Redmi 3 akan mula dipasarkan di China bermula 12 Januari ini dengan harga RMB699 manakala untuk pasarn antarabangsa masih lagi diumumkan. Memandangkan kebanyakan model Xiaomi memasuki pasaran Malaysia, berkemungkinan besar model baru ini juga akan hadir tidak lama lagi di pasaran tempatan.

Sumber : MiUi.com